Sunday 5 August 2012

Ini die, lps semgg bg mknn lebah, atau feed bee.. X abes2 lg.. Haha.. Ni nk tgk frame lak..
Mudah2an ade improvement insyaAllah..


Saturday 28 July 2012

Tu dier.. Berhati2..


Keratan akhbar 1st
KUALA LUMPUR 25 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan modus operandi dalam kes sebuah bank tempatan ditipu RM75 juta baru-baru ini, adalah dengan menyadur kepingan tembaga menggunakan emas tulen.
Disebabkan itu, pihak bank gagal mengesan ketulenan emas berkenaan ketika membuat tapisan pertama melalui timbangan menyebabkan pinjaman diluluskan.
Lebih licik, sindiket itu mempergunakan penduduk kampung dengan menawarkan upah RM300 hingga RM800 seorang bagi mencagarkan emas palsu tersebut ke sistem pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.
Sejurus pinjaman diluluskan dan pembayaran dibuat, wang tersebut akan diserahkan kepada sindiket dan wang upah akan diberikan kepada penduduk kampung tersebut.

Keratan akhbar 1st
KUALA LUMPUR 24 Julai – Sebuah bank tempatan kerugian RM75 juta selepas diperdaya sekumpulan individu menggunakan taktik licik mencagarkan emas palsu melalui sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) di beberapa cawangan bank itu di seluruh negara, baru-baru ini.
Menurut sumber, kegiatan kumpulan itu hanya terbongkar selepas pihak bank mendapati kesemua emas yang dicagarkan adalah palsu ketika proses penilaian aset dibuat.
Tambahnya, kegiatan itu dipercayai melibatkan orang dalam sehingga menyebabkan pinjaman diluluskan serta pembayaran dibuat terhadap kumpulan tersebut.
“Berikutan itu, lima laporan polis telah dibuat dan satu siasatan kini dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
“Satu siasatan dalaman turut dilakukan oleh pihak bank bagi mengesan dalang yang terlibat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan, beberapa individu telah ditahan bagi membantu siasatan.
Kata sumber itu lagi, pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan dalang terlibat dan dijangka membuat beberapa tangkapan tidak lama lagi.
Timbalan Pengarah JSJK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Tajuddin Md. Isa ketika dihubungi mengesahkan kes itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Kejadian itu merupakan yang ketiga dalam tempoh hampir dua tahun melibatkan tiga buah bank.
Utusan Malaysia pada 17 Februari lalu mendedahkan, sebuah bank di ibu negara kerugian RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang mendakwa mendapat projek penyelenggaraan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Pada 24 Oktober lalu pula, sebuah bank tempatan mengalami kerugian teruk sepanjang 26 tahun tempoh perniagaannya selepas ditipu sebanyak RM37 juta melalui sebuah komplot pinjaman sebuah syarikat, dua tahun sebelum itu.

Kesimpulan
Semoga Allah menjauhkan kita semua dari terlibat dengan perkara yg bukan2 cam sindiket ni, shubahah dalam perkara2 yg kita sendiri x pasti.. 


Источник:http://pelaburanemas.com.my/?p=58

Saturday 14 July 2012

AMARAN: Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir Bila-Bila Masa

Itu die.. Semacam je kan tajuk ni.. Tp ni la realiti.. 
Artikel yg dipetik dari Harian Metro




Amaran 1
Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas! 
Link: http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=175441

Amaran 2
Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu! 
Link: http://www.foxnews.com/politics/2011/03/03/utah-considers-return-gold-silver-coins/

Amaran 3 
Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini…bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita. Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan.

Amaran 4
Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata: Akan tiba suatu zaman…di mana tiada apa yang bernilai…dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]

Amaran 5 
Filem 2012 yang telah ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa yang filem 2012 itu maksudkan? Ya…memang sama kerana dunia belum musnah, akan tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011. 
Link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmaslepasiparasAS_1_600seauns/Article

Amaran 6
Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15 tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah pun terjadi sekarang! 
Link : http://efendybloger.blogspot.com/2011/03/profesor-harvard-ingatkan-ancaman.html






Kesimpulan
Alhamdulillah, sekarang ramai dah mempunyai kesedaran pasal kepentingan emas & perak, tp bg mereka yg masih samar2 tentang kepentingan emas & perak ni cuba lah cari sebanyak mungkin maklumat tentang kepeningan 2 jenis logam ni, kaji lah sejarah kenapa timbulnya duit kertas atau fiat money dan byk lagi la.. Semoga post kali ni memberikan sedikit gambaran, InsyaAllah..


Saturday 7 April 2012

Skim Cepat Kaya Semai Nilai Kebendaan & Tamak



KITA sudah sedia maklum skim pelaburan cepat kaya dan saham hanya menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada mereka yang menyertainya. Antara skim cepat kaya yang paling diingati ialah skim 'Pak Man Telo' di samping pelbagai skim cepat kaya yang menjadi sebutan ramai sebelum ini.

Anehnya, rakyat di negara ini masih tidak serik-serik ditipu. Mangsanya pula membabitkan semua peringkat umur, taraf pendidikan dan kedudukan. Ada dalam kalangan profesional, pegawai kerajaan dan berkedudukan tinggi yang pada logiknya, tidak sepatutnya menjadi mangsa. Pelbagai nama skim cepat kaya menarik pelaburan yang tinggi daripada mereka yang mengharapkan untung cepat. Akibatnya, cita-cita dan impian mendapat kekayaan dengan mudah tidak menjadi kenyataan, sebaliknya terpaksa menanggung bala kemiskinan dan kesusahan. Islam memandang berat soal kemiskinan dan hidup daif kerana ia boleh membawa kepada kekufuran yang boleh mendorong seseorang melakukan perkara ditegah agama. 

Sebenarnya mudah untuk kita mengetahui sama ada sesuatu skim itu benar atau satu penipuan. Elemen keuntungan atau dividen yang dijanjikan mestilah 'logik' mengikut kadar yang biasa diterima melalui skim sah lain.

Sudah tentu ada yang tidak kena jika pelabur dijanjikan pulangan sehingga 10 peratus sebulan atau melebihi sekali ganda, yakni 100 peratus dalam tempoh setahun. Sedangkan pelaburan biasa hanya memberi pulangan sekitar lima hingga 15 peratus setahun.

Dalam hal ini, kita seharusnya dapat berfikir dengan rasional, mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap dan tidak setimpal dengan usaha dilakukan adalah haram.

Hukum haram amat jelas dalam sistem piramid. Sistem itu hanya menguntungkan pihak berada di atas dan merugikan pihak di bawah. Ia banyak membabitkan unsur penipuan dan helah. Jika ada barang diniagakan, itu hanya helah. 

Kisah penipuan skim cepat kaya memang diketahui ramai. Malangnya ramai yang masih tidak mengambil iktibar. Mereka ‘rela’ ditipu. Malah yang pelik ialah orang yang pernah ditipu dan masih rela ditipu untuk sekian kalinya.

Ini kerana modus operandi skim cepat kaya sentiasa ‘disesuaikan’ dengan memasukkan elemen yang mudah dipercayai orang ramai.

Tambahan modus operandi kini turut membabitkan rangkaian antarabangsa. Bakal pelabur dihubungi menggunakan kemudahan internet. Paling banyak berlaku sekarang ini ialah melalui laman sosial. Mereka mudah berhubung tanpa perlu bersemuka yang lebih mudah menabur umpan tanpa risiko dikenali dan dikenakan tindakan fizikal.

Kebanyakan skim cepat kaya rangkaian antarabangsa berselindung di sebalik pelaburan di luar negara. Jadi, pelabur tidak mempunyai banyak maklumat mengenai perniagaan yang dijalankan, tetapi mudah tertarik dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan.

Tambahan pula, mereka tidak peduli apa jenis perniagaan itu, asalkan menjanjikan keuntungan berganda dalam masa singkat. Sikap taksub kepada kekayaan banyak membawa padah.

Mereka yang mengetahui kewujudan sistem piramid, tetapi masih meneruskan atas alasan dia berada di atas dan berpeluang mendapat keuntungan lebih tanpa mempedulikan nasib pelabur baru yang dibawa olehnya memasuki skim itu, samalah dia merampas hak orang muslim lain. Sesungguhnya amat besar dosa yang dilakukan itu hingga menghalangnya memasuki syurga.

Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda baginda bermaksud:
Sesiapa merampas hak orang muslim dengan sumpah, dia wajib masuk neraka dan haram baginya syurga.”(Riwayat Muslim).

Maka berhati-hatilah dalam urusan mencari rezeki. Sebaik-baik cara mencari rezeki ialah dengan bersungguh-sungguh melakukan usaha, biarpun terpaksa berdepan dengan kesukaran. Allah menyediakan seluruh penjuru alam ini untuk dimanfaatkan oleh manusia.

Petikan dari 

Kesimpulan
Semoga Allah menjauhkan kita dari tipu daya dunia, kajilah terlebih dahulu sesuatu skim @ pelaburan sebelum melabur.. Ini adalah untuk kepentingan diri kita dan juga untuk ummah.. Semoga mendapat kesedaran, InsyaAllah..

Monday 26 March 2012

Gold Bar (1 Kilo) Filled With Tungsten Found in UK

Salam..
Post kali ni nak cite lebih pasal emas tiruan.. Di mana emas tulen yg telah dicampur ngan logam tungsten.. Sbb logam tungsten ni ketumpatannya hampir sama dengan emas tulen.. Bahaya oo.. Sape2 yg x biasa memang kene kencing, Nauzubillah.. Mintak la jauh, moga emas tiruan x dapat masuk Malaysia, x pun mmg da ada.. hahaha.. Bole baca dengan lebih lanjut kat web ni ..


Gold Bar (1 Kilo) Filled With Tungsten Found in UK

Friday 2 March 2012

Memaksimakan Keuntungan EMAS & PERAK



Hasil nukilan pakar pelaburan emas & perak Faiza Pelabur Jutawan


Kalau anda sedang menanti peluang untuk memaksimakan keuntungan dari Pelaburan Emas dan Perak, anda harus merebut peluang ini bila sampai masanya nanti!

Melihatkan kepada Trend pergerakan semasa harga Emas ketika ini, wujud kebarangkalian untuk harga Emas menguji kekuatan paras Sokongan (Support) iaitu pada harga sekitar $1520-$1530/oz.

Sekiranya jangkaan ini berlaku, maka harga Emas akan menyusut sekitar 5.5% berbanding harga semas ketika ini iaitu sekitar $1720/oz.

Lantunan semula harga Emas selepas ia berjaya menguji paras Sokongan ini turut dijangkakan.

Kebarangkalian tinggi turut menjangkakan yang harga akan kembali membuat pendakian menuju ke paras Rintangan (Resistance), iaitu paras harga tertinggi yang telah dicapai pada September 2011 yang lalu, sekitar $1900-1920/oz.

Belian di paras harga sekitar $1520-1520/oz akan memberikan pulangan kira-kira 17% sekiranya jangkaan untuk harga menuju ke paras $1900-1920/oz berlaku.

Jika anda telah membuat belian sebelum ini pada harga sekitar 1720-1720/oz, belian tambahan pada harga yang lebih Rendah ini bukan sahaja akan memaksimumkan keuntungan anda, bahkan ianya juga akan menjadikan tempoh masa untuk meraih keuntungan dari Pelaburan Emas menjadi lebih cepat dan Efisyen dan sebaliknya sekiranya anda masih ingin bertindak untuk tunggu dan lihat.

Diantara faktor yang mempengaruhi tempoh masa pulangan samaada cepat atau lambat dalam Pelaburan Emas ini adalah "bentuk justifikasi belian yang anda gunakan".

Sebagai contoh, ramai yang berebut-rebut peluang membeli ketika harga turun, sedangkan penurunan tersebut tidak bermakna yang harga ketika itu berada di paras yang rendah kerana besar kemungkinan potensi untuk harga turun lagi masih tinggi.

Namun sebaliknya jika anda membeli ketika harga berada di paras yang Rendah, dan perlu diingat untuk harga berada di paras yang rendah, tidak semestinya ia perlu turun, dan sekiranya harga turun, tidak bermakna ketika itu harganya rendah.

Bagaimana ingin mengenalpasti "Buying Opportunities" yang Optimum ini? Laburkan sedikit masa, sedikit wang, serta Komitmen dan Fokus untuk menghadiri Bengkel Strategi 5B, dan pelajari konsep pelaburan yang sangat menguntungkan, fleksibel dan dinamik.

Jika anda merasakan bayaran RM599 itu mahal, mungkin anda patut membuat perbandingan bagaimana jika modal puluhan atau ratusan ribu yang anda gunakan untuk pelaburan ketika ini kerugian?

Yang mana yang akan anda pilih? Keputusan di tangan anda!

Temui saya Mac ini di Seminar FREE seluruh Malaysia dan di Bengkel Strategi 5B di Kuantan.

Layari http://www.strategi5b.com/hop.php?ref=bun_okimi untuk mendaftar.

Saturday 25 February 2012

10 Dirham


Produk terkini Public Gold
Salam kepada semua, diharapkan kalian semua berada dalam keredhaan Allah..
Posting kali ni nak cite pasal keluaran produk perak P.G yang terbaru iaitu 10 Dirham P.G.

Spesifikasi 10 Dirham P.Gold

1 dirham = 2.975g
10 dirham = 29.75g
Berat = 29.75g
Kualiti = 24K / 999 Perak/Silver



Kelebihan 10 Dirham Public Silver:
  •     Harga lebih murah dibanding dengan dirham yang sedia ada di pasaran..
  •     Harga berdasarkan turun harga perak dunia..
  •     Spread/Susut nilai ialah 16%..
  •     Sesuai dijadikan sebagai mas kahwin..
  •     Sesuai dijadikan sebagai souvenir/cenderahati untuk majlis yang bersesuaian..
  •     Sesuai dijadikan duit raya sebagai pengenalan kepada anak-anak kepentingan simpanan emas dan perak..


Kos pengangkutan Semenanjung Malaysia: RM5
Kos pengangkutan Sarawak/Sabah/Brunei: RM10

Kesimpulannya, ini merupakan produk yang mampu milik dan sape2 yang nak cuba pelaburan fizikal emas & perak ni bentuk yang mampu.. Mulakan dengan bentuk yang kecik, InsyaAllah pasni makin besar.. Hahaha..

Secara peribadi, dirham keluaran P.G ni lebih ke arah bentuk pelaburan/investment dan ianya bukannya untuk tujuan muamalat (jual beli) cam Dirham yang dikeluarkan oleh Kerajaan contohnya Kerajaan Negeri Kelantan.. Tapi, sekiranya ade pihak yang menerima Dirham dalam urusniaga takde masalah asalkan penjual dan penerima redha.. Dan ni merupakan cara urusniaga zaman Rasulullah.. Moga2 penggunaan Dinar & Dirham dalam urusniaga dapat dipercepatkan, InsyaAllah.. (Sape2 yang berminat dengan Dirham atau produk2 emas yang lain bole contact 013-655 3914 atau email kat honeygoldsilver@gmail.com)